Selasa, 10 Februari 2009

BIODATA GURU BESAR




NAMA : Rosli Bin Hashim

TARIKH LAHIR : 08 Februari 2009

TEMPAT LAHIR : Singapura

PENDIDIKAN AWAL :
(1) Sek. Keb. Saint Mark Butterworth (1963 - 1968)
(2) Sek. Men. Saint Mark Butterworth ( 1969 - 1971)
(3) Sek . Men. Vokasional Butterworth (1971 - 1972)

IKTISAS :
(1) Sijil Perguruan Asas - Maktab Perguruan Teknik, KL (1976 -1977)
(2) Sijil Perguruan Khas - Maktab Perguruan Tengku Ibrahim, Johor (1998)
(3) Diploma Keguruan PJK - Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1992)
(4) Diploma Pengurusan Sukan - Stamford College, Penang (1994)

PENGALAMAN :
(1) Sek. Men. Tenku Abdul Rahman, Nibong Tebal - guru (1978 - 1993)
(2) Pejabat Pendidikan Daerah Selatan, Jawi - Pegawai ( 1994 - 2008)
(3) Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh, Nibong Tebal - Guru Besar ( 2008 - sekarang)

Khamis, 5 Februari 2009

MISI, VISI DAN MOTTO SEKOLAH

MISI
Untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid berpusat kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas untuk dihadapkan dalam masyarakat melalui pendekatan bersepadu ke arah melahirkan warga istimewa Negara Malaysia yang cemerlang.

VISI
Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh akan menjadi sekolah cemerlang dalam pendidikan Khas Negeri Pulau Pinang menjelang tahun 2010.

MOTTO

Ilmu Berdaulat

I - Impian dan harapan
L - Laburkan dengan usaha
M - Martabatkan ketekunan
U - Usaha yang berterusan


B - Bersama seluruh warga kita berdoa
E - Eratkan hubungan bersama kita
R - Rangkulkan setiap kemenangan
D - Dalam setiap perjuangan
A - Agar segala azam memperolehi kejayaan
U - Usaha yang dicurah menjadi teladan
L - Laungan suara kejayaa terus bergema
A - Alla SWT akan memberkati
T - Tetapkan iman disanubari

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH




SEJARAH SEKOLAH

PERMULAAN HINGGA TAHUN 1941

Sekolah ini mula-mula sekali ditubuhkan dalam tahun 1895 dengan diberi nama Sekolah Melayu Sungai Acheh. Bangunan yang mula-mula sekali di sekolah ini adalah berasal daripada bekas rumah pasung yang telah didirikan oleh kerajaan yang dijaga oleh 3 orang mata-mata sahaja. Memandangkan kepada keadaan yang aman dan jarang-jarang berlaku perkara-perkara yang tidak diingini di kampong Sungai Acheh ini, maka rumah pasung tersebut dijadikan bangunan sekolah sebagai asas permulaan bagi murid-murid di kawasan I ni belajar secara bersekolah.

Waktu mula-mula sekolah ini di dirikan, ianya terletak di atas sekeping tanah Lot 335, Mukim 10, Sungai Acheh, Nibong Tebal. Luasnya 50 kaki X 20 kaki dan mengandungi dua buah bilik, sebuah bilik untuk murid-murid belajar dan sebuah lagi sebagai rumah Guru Besar. Guru Besar yang mula-mula sekali bertugas di sekolah ini ialah Cikgu Jabit. Pada masa permulaan sekolah ini jumlah muridnya tidak sampai 21 orang. Itu pun hanya murid-murid lelaki sahaja. Usaha-usaha mengumpul murid-murid untuk dipersekolahkan adalah dengan kehendak Ketua Kampung ini dan beberapa orang tua-tua yang bersetuju diadakan sebuah sekolah untuk anak-anak mereka pada masa itu.

Dalam tahun 1895 bilangan penduduk di sini terdiri daripada orang-orang melayu yang jumlahnya kira-kira 60 hingga 70 buah rumah sahaja. Kebanyakkan rumah mereka ini terletak di Kampung Tengah, batas Pinang, Sungai Setar, Sungai Bakau dan sedikit-sedikit dari Sungai Udang. Tidaklah dapat hendak dibayangkan bagaimana sukarnya murid-murid berulang – alik ke sekolah tiap-tiap hari oleh kerana jalanraya belum dibina, tiada titi untuk menyeberangi parit dan sungai, tambahan pula sepanjang jalan semak dengan hutan-hutan pokok resam dan jeruju bercampur rumpun-rumpun pokok pial yang sangat tebal di tempat-tempat kediaman mereka. Kadang-kadang basah kuyup waktu mereka sampai di sekolah kerana terbolos ke dalam Lumpur yang penuh diliputi oleh rumput laut dan sebagainya. Inilah satu daripada sebabnya ibu bapa berat hendak melepaskan anak-anak mereka datang ke sekolah, walaupun mereka memikirkan pelajaran itu patut juga diberi kepada anak-anak untuk masa depan mereka.

BELAJAR DALAM BANGUNAN YANG PERTAMA

Sebaik sahaja terkumpul murid lelaki seramai hamper 21 orang, belajar cara bersekolah pun dimulakan . Murid yang diterima masuk bersekolah tidak tidak dihadkan umur mereka. Ramai yang datang ke sekolah pada masa itu di antara umur 15 hingga 20 tahun.

Semua matapelajaran menggunakan tulisan jawi sahaja dan menulis di atas papan batu . Matapelajaran yang diajar pada peringkat permulaan pada masa itu ialah tulisan jawi, angka-angka, kira-kira , Bahasa Melayu, dan ejaan jawi. Masa bersekolah dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Cuti hujung minggu pada hari jumaat dan cuti penggal dikira cuti musim mengetam, cuti musim menanam dan cuti bulan puasa. Jumlah guru yang mengajar di sekolah ini 2 orang sahaja, iaitu cikgu Jabit dan seorang lagi penolongnya guru lelaki juga.

BANGUNAN SEKOLAH TAMBAHAN YANG KEDUA

Bangunan sekolah tambahan yang kedua ini didirikan berasingan dengan bangunan yang pertama. Jarak antara satu dengan yang lain kira-kira 12 kaki. Letaknya di sebelah selata daripada bangunan yang pertama. Luas sekolah yang kedua ini 50 kaki x 20 kaki dan bentuk bangunan ini sama seperti bentuk bangunan yang pertama. Sekolah ini telah didirikan dalam tahun 1923 dan jumlah murid-murid yang bersekolah pada masa itu bertambah menjadi hamper 100 orang tetapi semuanya murid-murid lelaki sahaja. Guru-guru yang mengajar pada masa itu berjumlah 6 orang termasuk seorang guru besar yang bernama Cikgu Alus. Di antara seramai 6 orang guru itu 2 orang daripadanya guru lepasan Maktab Guru-Guru Melayu Melaka. Pelajaran bertambah termasuklah Ilmu Alam dan anyaman daripada bertam dan resam yang diajarkan oleh Cikgu Jamal b. Salleh.

BANGUNAN SEKOLAH TAMBAHAN YANG KETIGA

Dalam tahun 1935 kerajaan telah mendirikan pula sebuah sekolah lagi, jaraknya dengan sekolah tambahan yang kedua itu 25 kaki, terletak si sebelah selatan daripada bangunan yang kedua. Besar sekolah yang ketiga itu ialah 40 kaki x 20 kaki dan bertiang yang tinggi lantai dari bumi kira-kira 9 kaki. Sekolah ini pada mulanya digunakan hanya di bahagian atas sahaja akan tetapi kemudiannya telah dibuat dinding dengan dawai jerejak dan digunakan untuk sebuah darjah di dalamnya. Bangunan yang ketiga ini dibina dengan cara moden sedikit iaitu diberi tingkap yang boleh dibuka tutup bila hendak digunakan supaya lebih cerah dan dapat dimasuki udara dengan selesanya, tidaklah seperti kedua-dua bangunan yang pertama dan kedua itu dahulu.

BANGUNAN SEKOLAH YANG KEEMPAT DAN PERPISAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR.

Pada awal tahun 1951, memandang tentang ramainya keadaan murid lelaki dan perempuan yang bersekolah yang berjumlah hampir 650 orang dan bangunan yang ada itu tidak dapat memuatkan bilangan yang begitu ramai , darjah mulai diadakan di sebelah petang juga. Usaha mendirikan lagi sekolah tambahan di Sungai Setar Kechil yang jauhnya dengan sekolah lama kira-kira ¾ batu dimulakan.

Bangunan yang keempat ini terdiri daripada 2 buah bangunan yang berasingan dan mengandungi 12 buah bilik darjah. Tiap-tiap sebuah sekolah cawangan ini luasnya 120 kaki x 20 kaki . Pada masa sekolah ini didirikan guru besarnya ialah Cikgu Ahmad b. Abdullah dan ramai guru lelaki dan perempuan pada masa ini 18 orang termasuk seorang guru Bahasa Inggeris iaitu Cikgu Arshad bin Tamin, yang mula-mula sekali mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Sungai Acheh ini.

Akhirnya dengan persetujuan jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang sekolah cawangan di Sungai setar kechil ini diasingkan daripada Sungai Acheh dalam tahun 1956 dan ditadbirkan oleh seorang guru besar lain iaitu Cikgu Wan chik bin Muhammad, bekas penolong kanan Sekolah Sungai Acheh ini. Pada masa perasingan Sekolah Sungai Acheh dengan Sekolah Cawangan Sungai Setar kechil itu dilaksanakan, guru besarnya ialah Cikgu Embi b. Ahmad.

BANGUNAN TAMBAHAN YANG KELIMA

Bangunan sekolah tambahan yang kelima ini telah didirikan dalam tahun1959. Tempat bangunan kelima ini ialah di Sungai Acheh, letaknya disebelah barat daripada bangunan yang pertama. Luas sekolah ini ialah 60 kaki x 20 kaki dan mengandungi 2 buah bilik darjah.Jarak dengan sekolah lama itu kira-kira 50 kaki sahaja.

PERPISAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAKAU

Pada 1hb. Januari 1987 sekolah cawangan Sungai bakau mulai berpecah dan ditadbirkan berasingan daripada pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh. Guru besar yang pertama bagi Sekolah Kebangsaan Bakau ini ialah En. Malik b. awing dengan dibantu oleh 8 orang guru penolong.

Pemisahan ini dibuat mengikut arahan JPN.Bil(27)dlm.Pel.P.P.3057/Jld 3 bertarikh 17hb. November 1986.

SEJARAH BARU

Dalam tahun 1988 sekolah ini telah menempah dua sejarah baru iaitu:-

i) Mulai 22.7.1988 sekolah ini dengan rasminya mempunyai lagu sekolah

yang bertajuk “ Ilmu Berdaulat”. Lirik lagu ini dicipta bersama dua orang guru muzik sekolah ini iaitu Cikgu Megat Zulkefli bin Megat Ibrahim dan Cikgu Rohani binti Md. Din.

ii) Pertama sekali dalam sejarah kewujudan sekolah ini iaitu pada 3hb Ogos

1988 sekolah ini telah menerima masuk dua orang murid keturunan India yang berpindah ke sini daripada SRK Kuala Ketil Kedah. Mereka ialah Suresh Kumar a/l Devanthiran tahun 5 dan Shamini a/p Devanthiran tahun1


BANGUNAN ASAL DIDIRIKAN DI ATAS LOT 335 MK.10



BANGUNAN TAMBAHAN DIDIRIKAN DALAM TAHUN 1935 DI ATAS LOT 335 MK.10.


BANGUNAN SEKARANG D I ATAS LOT 1356 MK. 10


SEJARAH KELAS PENDIDIKAN KHAS

SKSA dibina pada tahun 1895 manakala kelas pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ditubuhkan pada 1991. Kini kelas Pendidikan Khas mempunyai 18 orang murid bermasalah pembelajaran dengan 4 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid. Pelbagai kategori murid seperti Autisme, Slow learner, Disleksia, Hyperaktif, ADHD belajar dalam kelas ini. 4 orang daripada pelajar ini telah diserap ke kelas inklusif sepenuhnya.